Tuesday, 9 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan :)




مرحبا بكم في شهر رمضان المبارك




AS SALAM ^^,
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan kita dengan Ramadhan Al-Mubarak sekali lagi . Bulan yang penuh keberkatan . Sudah bersediakah ? Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang bermakna buat kita :) In shaa Allah ..
Segmen CINTA ILMU yang Fatin tonton semalam sangat menarik . Tajuknya puasa , jalan menuju syurga . Seperti yang kita sedia maklum , bulan Ramadhan laa waktu kita mengejar pahala dan keberkatan . Bulan-bulan lain pun kena beribadah juga tapi bulan Ramadhan adalah bulan yang istimewa . Kebaikan yang kita lakukan di bulan Ramadhan memberi ganjaran yang berlipat ganda . MashaAllah , Allah itu Maha Pemurah :')
Mesti semua tak sabar kan nak menyambut puasa esok ? Malam ni dah boleh berterawih . Semua juga mesti sudah tahu bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu LAILATUL QADAR . Ingin sekali Fatin menemui malam itu , in shaa Allah di waktu itu segala doa kita akan termakbul . 
Masa ini juga lah kita kena kumpul pahala banyak-banyak :) Iaitu dengan memperbanyak membaca Al-Quran , banyakkan berzikir dan sentiasa mengingati Allah . Tapi , ingat ! Jangan hanya melakukan ini di bulan puasa sahaja , di lain waktu pun tak salah kalau dilakukan malah lebih baik . Pada bulan inilah kita menguji kekuatan nafsu kita kerana di bulan Ramadhan syaitan dibelenggu , pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup . SubhanaAllah , Maha Suci Allah :')


من صام رمضان إيمانا و احتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه
 Maksudnya : ” Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu ” 
[HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]
 من آمن بالله وبرسوله وأقام الصلاة وصام رمضان كان حقا على الله أن يدخله الجنة 
Maksudnya : ” Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga “
[HR Al-Bukhari : 2637]