Wednesday, 26 June 2013

Duhai Remaja ..

Assalamualaikum :)


Aku terbuka hati nak post pasal nih masa lepak-lepak dekat balkoni sengsorang tadi , macam-macam orang aku nampak . Majoriti adalah remaja yang berpeleseran , bersosial tak kira jantina . Baik Melayu baik Boyan . Apa yang penting mereka orang Islam , umat Muhammad . Sedihnya , mengapa sebegini sikap mereka ? Aku pernah bergelar remaja , malahan aku masih lagi dalam lingkungan umur remaja sekarang tapi tak lah sampai nak mengutu hampir setiap malam , memekak , meracau-racau macam orang tak siuman . Aku pernah dulu berada di usia di mana timbul perasaan ingin mencuba , semua benda nak cuba tapi kemudian aku tersedar , untuk apa mencuba benda yang tak memberi sebarang faedah ? What a waste ! Aku ingin sekali menegur mereka , ingin sekali berkongsi apa yang aku peroleh hasil dari penghijrahan ke Perlis dulu . Ingin sekali aku bercerita pada mereka akan seksa dan azab Allah terhadap umat yang melanggar perintahNya , agar dapat mereka pertimbangkan bila nak buat sesuatu itu . Mungkin , mungkin semua tuh tak termampu untuk aku lakukan , namun kalau korang baca post nih TOLONG , TOLONG , TOLONG SANGAT . Wahai adik-adik , kakak-kakak , abang-abang , sebelum pegang tangan kekasih 'HALAL' korang , fikir berapa dosa kita dapat , ibu bapa kita dapat . Sebelum peluk kekasih 'HALAL' korang , ingat bahawa Allah sedang memerhatikanmu . Malunya kita buka aib sendiri sedang Allah itu Maha Pengasih kerana Dia menyembunyikan aib kita . Kita tengok cerita Hollywood , berpeluk , cium sana-sini . Kita kata sweet , kita siap post gambar sebegitu . Apa pahala yang kita dapat ? Kita hangout , overnight , berseronok , berparti , memang seronok , seronok dunia tapi seksa akhirat , apa guna ? Aku geram , aku marah sebab kebanyakan yang aku nampak orang yang aku kenal , orang yang aku tahu latar belakangnya . Cuba bayangkan , bila kita seronok bermaksiat , orang sekeliling memandang dan menilai , tambah lagi kalau mereka mengenali ibu bapa kita , kesiannya ibu bapa kita terpaksa tanggung malu akibat perbuatan kita . Aku ingin sekali menegur namun tiada kekuatan , tak punya semangat yang cukup kental lagi . Jadi , aku luahkan di sini dengan harapan kamu semua wahai anak remaja harapan negara , sedarlah dan kembali ke pangkal jalan . Kembalilah ke jalanNya , jalan yang benar . Semua pernah melakukan dosa , namun itu bukan penghalang untuk kita mengejar cinta Ilahi . Selagi pintu taubat tidak tertutup , bertaubatlah . Peringatan ini bukan untuk korang jea , tapi untuk aku juga yang tak lepas dari melakukan dosa . Maaf andai terkasar bahasa , ini cara aku menegur . Mahu terima atau tak semua atas kemahuan korang . Asalkan aku dah menjalankan tanggungjawab aku , syukur alhamdulillah . Semoga kita semua diberi hidayah dariNya dan diberikan kesempatan untuk bertaubat sebelum terpisahnya roh dari jasad . Amin ~ As salam :)